CERAMAH & JAMUAN PASCA BANJIR



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPPKK


Selamat Hari Raya AidilFitri


SYABAS & TAHNIAH - JENTERA PAS TERENGGANU

Kijal - Syabas dan Tahniah kepada Jentera PAS Terengganu kerana berjaya menambah kerusi ADUN dan Parlimen PAS di Terengganu sambil mengurangkan kerusi BN. Inilah kejayaan yang dianggap bergaya selepas PRU 1999 walaupun tidak mencapai sasarannya. InsAllah dengan segala apa yang dilakukan akan dihitung oleh Allah kelak dan semoga PRU akan datang hasilnya akan lebih lebih bergaya. InsyAllah.
Kami Pemuda PAS Kijal amat berbangga dan terharu terhadap kejayaan ini.

*KIJAL PERNAH MENANG*

Ahmad Said Tidak Layak Jadi Menteri Besar

Muhammad Faizal, 15 Mei 2013
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyelar tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  yang menyatakan pembinaan rumah mampu milik hanya akan dibina di kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sahaja.

“Sebagai Menteri Besar kita jangan meletakkan diri kita setaraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar, tindakan tersebut juga menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar.

"Membina rumah kos rendah ini adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi tanggungjawab dia bagi memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi.

Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini.

"Semua ini disebabkan oleh sikap balas dendam dan peribadi, sepatutnya sebagai sebuah negara maju politik sedemikian sudah tidak ada lagi dalam negara ini," kata beliau mengulas kenyataan Ahmad yang meminta rakyat di kawasan Parlimen dan Dun dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Mustafa berkata, jika cukai yang diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan Rakyat yang menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan masalah.

"Duit yang diambil dari cukai rakyat jika dikembalikan kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk kita meneruskan menyediakan kemudahan kepada rakyat.

"Tapi ini tidak berlaku, kerajaan jangan ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa yang menjadi kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat bukannya kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya.

Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih.

"Ahmad ini tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih, hentikan politik balas dendam serta bersifat peribadi tetapi jika ini yang beliau tekankan saya rasa beliau tidak layak menjadi seorang Menteri Besar," jelasnya.

Beliau yang berharap sebagai rakyat yang perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh kerajaan.

Ini, katanya proses demokrasi apabila pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab untuk semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun BN.

Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu)

BIODATA CALON PAS N30 KIJAL PRU13 - BERUBAH UNTUK ISLAM



BIODATA CALON N30 KIJAL

NAMA  : USTAZ HAJI HAZRI BIN JUSOH 
UMOR  : 43 TAHUN
 
PENDIDIKAN

1977-1982      : SEK.REN.SULTAN ISMAIL, KEMAMAN.
1983-1985      : SEK.MEN.AGAMA AL-FALAH, KEMAMAN.
1986-1989      : SEK.MEN. AGAMA(A) SULTAN ZAINAL ABIDIN,
                              BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.
                              (ALIRAN THANAWI)

1990-1996      : UNIVERSITI AL-AZHAR ASSYARIF.
                              JURUSAN – USULUDDIN (AQIDAH & FALSAFAH)

1998                  : DIPLOMA PENDIDIKAN (KPLI) DI MAKTAB PERGURUAN
                              BATU RAKIT, TERENGGANU.

KERJAYA

1999-2002      : PEGAWAI PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN
                              MALAYSIA.

2002-2004      : PEGAWAI EKSEKUTIF AGAMA TDM BERHAD.

2005-2012      : PEGAWAI AGAMA PETRONAS CARIGALI SDN. BHD.
                              (PENDAKWAH BEBAS)
                             
                            : PENGURUS JEMAAH HAJI & UMRAH

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

-        PENAUNG PERTUBUHAN SILAT GERAK PUSAKA ALAM, KEMAMAN.
-        PENDAKWAH BEBAS
-        AHLI JAWATANKUASA TERENGGANU ADVANTURE GROUP (TAG 4X4)
-        PRESIDEN PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (1994-1996)

JAWATAN DALAM PARTI

1. NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KEMAMAN (2011-2013)
2. AJK LUJNAH TARBIAH & KEPIMPINAN PAS NEGERI TERENGGANU (2011-2013)
3. BEKAS KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KEMAMAN.
4. BEKAS AJK DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU.
5. BEKAS KETUA URUSAN ULAMA’ PAS KAWASAN KEMAMAN.
                               



                         


200 PEMUDA DAN PEMUDI KIJAL SERTAI PAS



Sebahagian daripada Pemuda bergambar bersama pimpinan PAS sebagai kenangan setelah menyerahkan borang keahlian PAS secara beramai-ramai kepada Dato' Seri Tuan Guru Presiden pada 2/4/2013 di Kg.Pantai Kijal. Sebahagian besarnya mereka dulunya bersama Umno, tetapi setelah melihat sendiri berbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan mereka, ahkirnya mengambil keputusan menyertai PAS.     
 "ORANG MUDE GENG KITE"

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula